PENGUMUMAN

BLOG RASMI SMKDPB telah dipindahkan ke url : http://smkdpb-kluster.blogspot.com/

Rabu, 16 Februari 2011

Sekapur Sireh

Sirih berlipat sirih pinang, sirih dari pulau mutiara, pemanis kata selamat datang awal bismillah pembuka bicara. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada tuan/puan kerana sudi hadir ke SMK. Dato’ Penggawa Barat. Saya bagi pihak seluruh warga SMKDPB amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke SMKDPB.
SMKDPB merupakan sekolah kawalan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian yang turut merupakan sekolah Bestari 5 Bintang. Berteraskan Motto Komitmen Tinggi Teras Kegemilangan SMKDPB, warga SMKDPB sentiasa mengamalkan budaya cemerlang bagi memastikan SMKDPB sentiasa di mercu kegemilangan.
Setelah 50 tahun, SMKDPB kini sudah dikenali ramai diseluruh tanah air. Pastinya kejayaan SMKDPB hari ini adalah hasil kerja keras dan semangat musyawarah seluruh warganya. Kami warga SMKDPB sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa “sebuah kapal tidak boleh dikemudi oleh ramai nakhoda. Setiap anak kapal mempunyai tugas dan tanggungjawab berbeza untuk memastikan pelayaran yang berjaya. Kayuhan mesti seirama dan senada. Haluan dan buritan mesti sehala. Muatan kapal mesti setimpal dengan keupayaan kapal. Pelayaran yang tiba ke destinasi tidak membawa hanya seorang nakhoda tetapi juga sekumpulan anak kapl yang bangga kerana telah berjaya mengharungi lautan penuh cabaran dan dugaan secara bersama. Begitulah juga kami warga SMKDPB. Kejayaan SMKDPB bukanlah kejayaan saya seorang. Kebanggaan saya adalah kerana kekuatan dan sokongan yang saya peroleh daripada seluruh warga SMKDPB tanpa mengira tugasan, tanggungjawab atau latar belakang. Kejayaan SMKDPB adalah kejayaan sebuah tenaga kerja yang bersepadu”.
Sehubungan dengan itu, diharapkan kehadirah tuan/puan ke sekolah kami akan menjadi titik tolak kepada semangat musyawarah dalam kalangan pendidik untuk terus membudayakan budaya kerja yang cemerlang perkhidmatan terbilang demi anak bangsa. Semoga dengan kehadiran tuan akan memberi impak positif bukan sahaja kepada warga SMKDPB tetapi juga kepada seluruh warga pendidik dan anak bangsa. Insya-Allah.

Tiada ulasan: